Header Ads

[VIDEO] “Suara Sedap, Muka Pun Cantik…Memang Patut Dia Jadi Artis…” – Tuah Tular, Akak Polis Viral Kini Bergelar Seorang Penyanyi..



Pada hujung tahun lepas, video seorang anggota polis wanita yang sedang menyanyi lagu cover Wany Hasrita telah jadi tular di laman media sosial.
VIDEO:
Video beliau yang menyanyi lagu Menahan Rindu ketika program MHI di TV3 itu telah mendapat sambutan penonton rancangan itu sebelum ianya menjadi tular di Facebook.

Selain dikatakan memiliki bakat yang besar di dalam bidang nyanyian, wajah Soffwany Yusof yang putih gebu itu turut menarik perhatian orang ramai.
Terbaru, Soffwany yang berpangkat Koperal di dalam PDRM itu telah pun bergelar seorang artis setelah beliau diterima untuk bernaung di bawah Suria Record.

Menyedari cabaran yang bakal dihadapinya selepas bergelar seorang anak seni, beliau terpaksa belajar membahagikan masa di antara kerjaya barunya itu dengan kerjaya polisnya.
“Saya memang minat menyanyi sejak kecil lagi sebab itu bila dapat peluang dilamar menjadi artis rakaman SRC, saya ambil tapi dengan perbincangan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Sambil itu, saya juga kini sedang sambung belajar di uiverisiti swasta jadi ada tiga perkara yang menjadi keutamaan saya sekarang.

“Paling utama buat saya tentulah kerja saya bersama PDRM, kedua adalah pengajian saya dan akhir sekali syarikat rakaman.
“Saya sangat bersyukur bahawa syarikat rakaman saya amat memahami dan turut sama membantu menyusun perjalanan karier saya.
“Saya memang tak terfikir untuk berhenti salah satu sebab apa yang saya usahakan sekarang amat penting buat saya,” katanya kepada Media Hiburan.’
Single pertama beliau yang berjudul Nafas Cinta yang dikeluarkan pada awal tahun ini telah pun mendapat sambutan yang positif daripada kalangan peminat setakat ini.
Sumber : Media Hiburan / Ohmymedia

No comments

Powered by Blogger.