Header Ads

(VIDEO) Pemain Bola Sepak Pasukan Sepanyol Terima Anugerah Selepas Selamatkan Burung Di Tengah Padang Sebelum Berlangsungnya Perlawanan Piala Dunia..



DUA bintang bola sepak pasukan Sepanyol, Gerard Pique dan Isco, dianggap sebagai wira selepas menyelamatkan seekor burung kecil sebelum berlangsungnya perlawanan Piala Dunia Sepanyol menentang Iran Khamis lalu.

Image result for Gerard Pique and Isco receive PETA award after

Dalam kejadian itu, Pique berkali-kali cuba menangkap burung tersebut yang sesat di tengah padang, namun usahanya gagal.


Isco yang melihat keadaan itu kemudian datang membantu dan akhirnya berjaya menangkap burung tersebut lalu membawanya ke luar padang supaya ia tidak dipijak.





Pique & Isco saving little birds is officially the cutest thing that ever happened on a football field
Para netizen memuji tindakan Isco dan Pique dan ada yang mengatakan tindakan mereka itu merupakan momen terindah di Piala Dunia Rusia 2018 setakat ini.


Selain mendapat pujian netizen, kedua-dua pemain tersebut mendapat perhatian Persatuan Hak Asasi Haiwan (PETA) dan diberi anugerah khas sebagai tanda penghormatan di atas tindakan yang dilakukan.

“PETA mengiktiraf kedua-dua pemain bola sepak ini selepas mengeluarkan seekor burung kecil dari tengah-tengah padang dan sekali gus menyelamatkan ia daripada bahaya.



“Tidak ada perlawanan yang lebih penting daripada kehidupan seseorang dan kami harap tindakan berani ini dapat mendorong semua orang untuk membantu haiwan,” kata pengarang PETA, Elisa Allen kepada portal The Sun UK.

Pada perlawanan itu, Sepanyol melakar kemenangan pertama dalam kumpulan B melalui jaringan 1-0 menentang Iran.

No comments

Powered by Blogger.