Header Ads

(Video) Pelajar Terkejut Pemimpin Islam Terkuat, Erdogan Datang Sahur Bersama Lepas Kena 'Mention' Di Twitter..


Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan minggu lepas mengejutkan sekumpulan pelajar Universiti Ankara apabila beliau tiba-tiba tiba secara mengejut ke universiti tersebut untuk bersahur.



Recep Tayyip Erdogan yang dikenali sebagai 'pemimpin terkuat' saat ini mempunyai perwatakan yang sangat berani dan tegas sehingga membuatkan pemimpin-pemimpin kaum sekular serta penentang Islam menjadi takut dengannya. Api jihad Erdogan untuk Islam itu masih sangat kuat berkobar. Ditambah dengan kebijaksanaan Erdogan maka ini menjadi sebuah kekuatan yang lebih baik untuk tidak dihadapi dengan frontal. 





Presiden terulung ini walaupun sibuk dengan jadual yang padat namun masih sempat menyertai pelajar-pelajar tersebut selepas dijemput melalui satu status yang dimuat naik oleh salah seorang pelajar tersebut, Gungor menerusi Twitter.



Pelajar bernama Gungor Atak menulis mesej dalam bahasa Turki kepada presiden tersebut : "Presiden yang terhormat, bolehkah anda menjadi tetamu kami di asrama Hüseyin Gazi dan sahur bersama?"


Sayın Cumhurbaşkanım, bir gece de bizim Hüseyin Gazi Yurdunda sizi misafir etsek de sahuru birlikte yapsak? @RT_Erdogan

Tweet itu dibalas mesra oleh Presiden tersebut sambil berkata: "Saya akan datang jika teh anda siap."



Selepas itu, Erdogan melalui Twitternya menyiarkan video sedang menikmati makanan bersama pelajar di asrama tersebut.  Rata-rata pelajar tersebut teruja dengan kedatangan Erdogan dan menghargai usaha Presiden itu meluangkan masanya bersama mereka.




Tindakan Erdagon telah tular di media sosial dan mendapat pujian daripada netizen diatas sifat beliau yang sangat prihatin serta mesra rakyat. - The News

No comments

Powered by Blogger.