Header Ads

(VIDEO) Padah Percaya Bomoh, Wanita Cedera Dicucuh Besi Panas Ketika Rawatan ‘Halau Roh Jahat’..



New Delhi: Disangka disampuk hantu, seorang wanita diselar lidahnya menggunakan trisula oleh bomoh yang ‘merawatnya.’

Image result for Jatha Devi, 25

Jatha Devi, 25, dari Pali, Rajasthan, sudah lama mengalami masalah kesihatan, namun selepas beberapa kali dibawa suaminya, Kishan Jat, untuk pemeriksaan di hospital kerajaan, masih tiada perubahan.


Menurut laporan Daily Mail yang memetik media tempatan, Susulan itu, saudara-maranya mendakwa dia disampuk roh jahat dan mencadangkan berubat dengan bomoh.

Image result for Jatha Devi, 25

Bomoh berkenaan, Jairam Bhat, percaya menggunakan besi panas dapat mengubati penyakit tertentu selain membantu orang yang dirasuk roh jahat.

Dia menyelar bibir, lidah, dahi serta lengan mangsa selama dua hari menggunakan trisula panas.


Akibatnya, keadaan Jatha semakin teruk, malah dia langsung tidak boleh bercakap, sebaliknya hanya merintih kesakitan.

Keluarganya yang semakin risau, menghantarnya ke hospital untuk rawatan lanjut dan doktor mendapati dia sebenarnya menghidap penyakit mental iaitu psikosis akut.

Image result for Jatha Devi, 25

Pakar psikiatri Dr Daljeet Singh Ranawat berkata: “Akibat penyakit mentalnya, Jatha mengalami halusinasi, keresahan, kesukaran bercakap, selain sering keliru dan sukar tidur.


“Mujur ia boleh diubati, malah tempoh rawatannya tidak lebih enam bulan. Kecederaannya juga semakin pulih jadi buat masa ini kami memberikan masa kira-kira 15 hari untuk memastikan dia benar-benar sihat sebelum memulakan rawatan seterusnya.”

Sementara itu, pegawai polis kanan Simartha Ram berkata, suami Jatha membuat laporan polis menyebabkan Bhat ditahan untuk membantu siasatan.

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.