Header Ads

(VIDEO) ‘Malu Anak Ramai.’ Bapa Berikan Ciuman Terakhir Dan Bertindak Tinggalkan Bayi Berusia 3 Hari Di Gereja..



Seorang bapa memberi ciuman terakhir di kepala bayinya berusia tiga hari sebelum membuang mangsa di sebuah gereja di Kerala, India, lapor India Today

Lelaki berusia 32 tahun itu memberikan alasan dia terpaksa berbuat demikian kerana bimbang mendapat malu menjadi bapa untuk kali yang keempat. 


Bitto dan isterinya, Prabitha, 28, ditahan pada pagi Jumaat selepas membuang bayi mereka di sebuah gereja di Edappally. Pasangan itu dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), yang disiarkan di saluran televisyen tempatan dan juga media sosial.

Image result for 3 day old baby left at a church in Kochi

Prabitha melahirkan anak bongsunya itu di sebuah hospital dan telah merancang bersama suaminya untuk membuang bayi yang tidak berdosa itu. 

Menurut keterangan pasangan terbabit kepada pegawai penyiasat, mereka melakukan perbuatan itu kerana mereka bimbang dengan stigma (negatif) masyarakat terhadap pasangan yang mempunyai empat orang anak. 


Mereka juga mendakwa, rakan-rakan dan penduduk setempat mentertawakan Prabitha kerana mengandung buat kali keempat. 

Pasangan itu didakwa di bawah Seksyen 317 Mengabai dan membuang kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah oleh ibu bapa atau penjaga yang dipertanggungjawabkan) dan Akta Keadilan Juvenil, Seksyen 75 (hukuman untuk bertindak zalim terhadap kanak-kanak).

Difahamkan, bayi itu ditemui oleh pengawal keselamatan yang bertugas pada jam 8.30 malam Khamis sebelum melaporkan penemuan itu kepada pihak polis. 




Rakaman video CCTV menunjukkan pasangan itu berjalan masuk ke dalam gereja sekitar jam 8.15 malam dengan bayi yang dikedung dalam kain berwarna jingga. 


Bitto terlebih dahulu mencium kepala anaknya sebelum meletakkan kanak-kanak itu di lantai. 

Bayi itu telah dibawa ke hospital dan tiada sebarang masalah kesihatan yang dihadapinya.

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.