Header Ads

(VIDEO) Lunak Mengaji Dalam Drama Nur, Kenali ‘Amirul’ Yang Bergelar Da’i Muda Sejak Usia 14 Tahun..


Baru-baru ini, drama Nur arahan pengarah popular Shahrulezad Mohameddin menjadi bualan orang ramai kerana jalan cerita bersifat Islamik yang sarat dengan pengajaran serta tauladan.
Drama bersiri yang mengisi slot Samarinda TV3 itu telah menjadi trending nombor satu di Twitter tempatan dan nombor tiga di seluruh dunia. Wow memang fenomena habis!

Barisan pelakon yang turut membintangi drama 19 episod itu juga bukan calang-calang orangnya! Sebut sahaja Shafiq Kyle, Amyra Rosli, Azhan Rani, Noorkhiriah dan Datuk Jalaludin Hassan, pasti terbayang kehebatan dalam membawakan watak masing-masing.

Namun apa yang menarik, perhatian netizen tertumpu kepada seorang pendatang baharu yang sedang meningkat naik dalam industri drama tempatan, Raja Atiq.
Walaupun sekadar memegang watak samping sebagai Amirul, namun bakat remaja berusia 18 tahun ini mula terserlah apabila mengalunkan bacaan Al-Quran menerusi satu babak drama tersebut.

Kalau korang nak tahu, pemilik nama Raja Muhd Atiqullah Shah ini merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun di Cheras, Selangor.
Dia juga pernah menjadi johan Da’i Muda al-Quran ketika berusia 14 tahun di Sekolah Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, Kuala Terengganu.

Jom kita cuci-cuci mata sikit dengan gambar ‘Amirul’ yang dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya! Ada ke gegadis yang terpikat tu? Heheh!

Sumber : Raja Atiq , Hot FM / Ohmymedia

No comments

Powered by Blogger.