Header Ads

(VIDEO) 'Doktor Rap' Muatnaik Video Menyanyi Dan Menari Ketika Melakukan Pembedahan Pesakit Di Youtube Mendapat Kecaman..



SEORANG pakar dermatologi di Atlanta telah digelar 'doktor rap' kerana tabiat luar biasanya membuat penggambaran menari rap bersama kakitangannya semasa melakukan pembedahan.

Image result for Dancing doctor who made rap videos during surgery faces nearly 10

Peralatan pembedahan dan pesakit yang tidak sedarkan diri dijadikan sebagai sebahagian daripada 'alat sokongan' dan video tersebut disiarkan secara online untuk tujuan promosi.

Dr. Windell Boutté mempromosikan dirinya sebagai 'Pakar Bedah Plastik Wanita #1 di Tenggara' walaupun tidak dilesenkan di bawah lembaga perubatan Georgia untuk menjalani pembedahan.


Dia bagaimanapun bernasib baik kerana kerajaan membenarkan mana-mana doktor berlesen untuk melakukan pembedahan.

Apa yang tidak baik untuk pesakit dan rakan doktornya adalah tindakan Dr Boutté yang membuat penggambaran dirinya menyanyi dan menari lagu-lagu rap popular semasa melakukan pembedahan terhadap pesakit yang tidak sedarkan diri dan menyiarkan video itu di beberapa laman termasuklah YouTube.

Dalam lebih dari 20 videonya yang telah dipadam, badan pesakit sering dibiarkan terdedah dan mereka tidak pernah memberikan persetujuan untuk digunakan sebagai alat peraga dalam video-video amatur doktor itu.

Dalam salah satu video yang mengejutkan, Dr Boutté dapat dilihat memotong perut salah seorang pesakitnya sambil menyanyi dan menari rap diiringi lagu oleh O.T.Genasis, 'Cut It'.


Dalam video yang lain, dia dapat dilihat bersandar di bahagian punggung pesakit sambil memegang alat pembedahan tanpa memakai sarung tangan atau topeng pembedahan.

Kadang-kadang, dia juga menggunakan 'khidmat' kakitangannya sebagai penari latar manakala ada yang ditugaskan membuat rakaman.

Malangnya, penyiaran video ini turut mendedahkan bahawa dia sering bersikap tidak profesional dalam menjalankan tugas.


Selepas kisah mengenai aksi menyanyi dan menari rapnya tular minggu lepas, hampir 100 wanita lain tampil mengadu tentang kerja Dr Boutté.

Susan Witt, seorang peguam yang mewakili tiga orang pesakit dermatologi, memberitahu CNN bahawa dia mendapat e-mel dan panggilan telefon daripada pesakit lain yang ingin mengadu tentang kerja doktor berkenaan.

Dr Boutté dan peguamnya enggan mengulas mengenai isu ini, tetapi video kontroversi telah dipadam dari akaun YouTube.

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.