Header Ads

(VIDEO) ‘Cekik Leher Pelajar Dan Baling Ke Lantai.’Guru Digantung Kerja Mencederakan Murid..



CHINA- Melampau, Video seorang guru sekolah rendah di China dilihat menarik seorang pelajar dan membalingnya ke arah lantai padang sekolah sekaligus menimbulkan kemarahan netizen selepas rakaman tersebut tular di laman media sosial.


Guru kejam itu dipercayai mahu menghukum pelajar terbabit kerana melakukan kesalahan di sebuah sekolah rendah di daerah Jingyuan.


Guru itu telah digantung daripada meneruskan pengajarannya dan pihak sekolah masih menyiasat kes tersebut.

Rakaman CCTV dibawah menunjukkan guru yang memakai topi besbol warna putih, menjerit ke arah seorang pelajar dari deretan murid yang sedang melakukan aktiviti pagi di padang sekolah.


Dia kemudian tiba-tiba mengangkat pelajar itu ke udara dengan lehernya, kemudia melemparkannya ke lantai padang dihadapan rakan sekelas yang lain.

Media tempatan melaporkan bahawa pelajar tersebut mengalami kecederaan kecil termasuk berdarah hidung.


Pelajar tersebut telah dibawa ke hospital dan pihak sekolah juga telah memohon maaf kepada keluarga pelajar.


“Pelajar berkemungkinan besar melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.”

“Tapi, sebagai guru, mereka dibenarkan menjadi tegas tapi tidak boleh melebihi batas. Mereka tidak boleh terlalu kasar dengan pelajar.” DailyMail

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.