Header Ads

(VIDEO) "Ada Lebam-Lebam Di Muka, Kepala Dan Berdarah Di Kaki, Anak Saya Telah Disyaki Didera Oleh Pengasuh." Ibu Mohon Orang Ramai Yang Terjumpa Pengasuh Itu Supaya Laporkan Pada Polis..



"Assalamualaikum, anak saya telah disyaki didera oleh pengasuh," demikian dakwa Iqa Atiqah yang juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian yang menimpa anaknya itu. 

Menurut beliau, kejadian itu berlaku pada Selasa lalu yang menyebabkan anak perempuannya terpaksa dimasukkan ke Hospital Selayang selama empat hari. 


"Anak saya telah dimasukkan ke wad Hospital Selayang selama empat hari. Dia telah cedera di bahagian mulut, benjol di belakang kepala (selepas benjol surut, ada kesan melecur), lebam di pipi, telinga dan leher serta luka di kaki. 

"Anak saya mengalami trauma selepas kejadian ini," katanya. 

Ekoran kejadian itu, pengasuh yang diamanahkan untuk menjaga anaknya itu telah melarikan diri dan lokasi terakhirnya dikesan adalah di Selayang Baru. 


"Sehingga hari ini, (pengasuh) masih belum ditemui. Sesiapa yang ada terjumpa (pengasuh berkenaan) diharap dapat menghubungi pihak polis. 

"Harap suspek dapat ditemui sebelum orang lain menjadi mangsanya. Semoga nasib anak saya terbela," katanya.

Keadaan mangsa sebelum dan selepas kejadian | Foto - Iqa Atiqah



Lebam di pipi mangsa | Foto - Iqa Atiqah



Kesan darah kering di bibir mangsa | Foto - Iqa Atiqah


Kesan lebam pada telinga kiri dan belakang kepala mangsa | Foto - Iqa Atiqah


Kesan kecederaan di leher mangsa | Foto - Iqa Atiqah



Luka di bahagian kaki kanan mangsa | Foto - Iqa Atiqah


Selepas benjol surut ada kesan lecur yang telah jadi keropeng | Foto - Iqa Atiqah



Pengasuh yang dikehendaki | Foto - Iqa Atiqah


VIDEO:




No comments

Powered by Blogger.