Header Ads

“Tergamak Ibu Buang Saya Dalam Mangkuk Tandas.” Bayi Lelaki Seberat 2.6 Kg Ditemui Lemah Dalam Mangkuk Tandas Stesen Minyak RnR Rawang..



BAYI lelaki seberat kira-kira 2.6 kilogram ditemui dalam keadaan lemah di dalam mangkuk tandas di stesen minyak Hentian Rewat dan Rawat Arah Utara dekat Rawang, 9.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, bayi lelaki berkenaan ditemui oleh penyelia pembersihan di dalam tandas wanita ketika ingin melakukan kerja pembersihan.


"Bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui bersama uri yang dibungkus dengan kain batik.

"Ketika ditemui bayi berkenaan sedar dan menangis. Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan," katanya.


Ali berkata, bayi lelaki berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan pada bahagian badan dan kelihatan sempurna.

"Doktor tidak dapat mengesahkan bangsa bayi berkenaan, namun pihak polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.