Header Ads

“Sumbangan Khas Sebanyak RM400 Buat Imam, Bilal, Siak Dan Guru KAFA Seluruh Negara Bersempena Hari Raya Aidilfitri Ini.” Menteri Kewangan Lim Guan Eng..



KERAJAAN bakal memberi sumbangan khas sebanyak RM400 buat imam, bilal, siak dan guru KAFA seluruh negara bersempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan perkara itu selepas ia diputuskan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


“Kerajaan berusaha untuk memberi yang terbaik dan berharap semua umat Islam di negara ini dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan gembira,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyertai majlis buka puasa di Masjid Jamek Kubang Buaya, Butterworth, hari ini.


Menurutnya, beliau turut teruja kerana dapat menyertai rakan-rakan di Pulau Pinang dalam majlis berbuka puasa itu walaupun sering kali menyertai majlis sama di Putrajaya.

“Sejak 10 tahun lalu, saya sering terbabit dalam majlis berbuka puasa di Pulau Pinang dan tahun ini, ia membuatkan saya merindui Pulau Pinang.


“Hari ini, saya mendapat peluang untuk kembali berbuka (menyertai) di sini (Pulau Pinang), kerana saya tahu penduduk di sini mempunyai hubungan baik antara satu sama lain dan menjalani kehidupan berkualiti,” katanya.-HarianMetro

No comments

Powered by Blogger.