Header Ads

Putera Harry & Meghan Pulangkan Kembali Hadiah Perkahwinan Yang Bernilai Lebih RM37 Juta..



PUTERA Harry dan isteri, Meghan Markle memulangkan kembali ratusan hadiah sempena perkahwinan mereka, yang dianggarkan lebih £7 juta (RM37 juta).

Berdasarkan garis panduan istana yang ketat, pembantu diraja cuba menghentikan syarikat-syarikat daripada menggunakan Duke dan Duchess yang baharu itu dalam usaha mendapatkan publisiti.


Mengenai penerimaan hadiah daripada syarikat-syarikat, Istana Kensington berkata: "Apabila hadiah diterima, persetujuan kerabat Diraja mestilah bergantung kepada syarikat-syarikat yang tidak mengeksploitasikan hadiah itu untuk tujuan komersial."

Garis panduan Istana Kensinton menyebut: "Hadiah yang ditawarkan oleh individu persendirian yang tinggal di UK tidak dikenali secara peribadi oleh kerabat Diraja seharusnya ditolak sekiranya terdapat kebimbangan mengenai kesesuaian atau motif pengirim atau hadiah itu sendiri."


Pasangan pengantin baharu itu telah membuat permintaan supaya tiada kiriman hadiah, sebaliknya memberi sumbangan kepada badan kebajikan yang disenaraikan. - Mirror UK


No comments

Powered by Blogger.