Header Ads

Polis Tahan Anggota Lelaki PEKIDA Ugut Perang Dan Tembak Tun Dr Mahathir Mohamad...



KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang anggota Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) kerana disyaki membuat ugutan jenayah mahu berperang dan menembak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lelaki berumur 38 tahun itu ditahan di Jalan Beverly Heights, Ampang di sini pada kira-kira 4.40 pagi, Sabtu lalu dan direman sehingga 6 Jun bagi membantu siasatan.


Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata lelaki itu ditahan susulan aduan yang dibuat setiausaha Pekida Selangor pada 31 Mei lalu mengenai satu artikel di media sosial berkaitan ugutan itu.

Image result for Polis menahan seorang anggota Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) kerana disyaki membuat ugutan jenayah mahu berperang dan menembak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Bagaimanapun, suspek mendakwa akaun Facebooknya telah diceroboh (hack) oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan hari ini.


Mohamad Fuzi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

No comments

Powered by Blogger.