Header Ads

Peniaga Tergamak Racun Anjing Jiran Untuk Dijual Buat Satay..



Seorang lelaki di Bali ditangkap kerana meracun anjing peliharaan jirannya dan merancang untuk dibuat satay serta menjualnya.

Komang, 41 tahun ditangkap selepas pemilik anjing berkenaan meragui suspek yang sedang memberi makanan kepada haiwan tersebut. Pemilik anjing, Sugiarta menyedari selepas kesemua haiwan peliharannya seperti sakit dan lemah setelah diberi makan.


Suspek kemudiannya mengaku dan memberitahu memang berniat untuk membunuh anjing-anjing tersebut dengan mencampurkan kalium kedalam makanan yang diberikan. Setelah kesemua anjing mati, anjing itu akan dibungkus dan dijual.

Negara itu walaubagaimana pun telah mengeluarkan amaran pengharaman perdagangan anjing di kepualaun itu oleh gabenornya pada Julai lalu, namun masih terdapat laporan tentang penjualan daging anjing yang masih berterusan.


Jadi, orang ramai diminta berhati-hati jika berada di sana dan untuk lebih selamat, elakkan makan di gerai-gerai tepi jalan yang tidak diketahui status halal serta kebersihannya.


Sumber: Coconuts

No comments

Powered by Blogger.