Header Ads

Pengalaman Dilalui Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan #NiatBersama


Aidilfitri kali ini yang bakal menjelang akan menjadi hari untuk meraikan kemenangan bagi umat Islam setelah sebulan berpuasa. 

Dan kali ini ia juga akan memberi erti lebih besar kepada sebuah keikhlasan dan keazaman di sebalik #NiatBersama melalui kisah pendek kesungguhan seorang jurulatih untuk melahirkan satu pasukan bola sepak yang berupaya mengangkat martabat pendokong dan sukan berkenaan ke persada lebih hebat.

Nizam Jamil
Pengalaman dilalui bekas pemain bola sepak kebangsaan yang kini jurulatih berjaya Felda FC, Nidzam Jamil ini membuktikan niat yang ikhlas beliau untuk melahirkan pemain muda berdaya saing berhasil.

Biarpun pernah dipertikai kemampuannya, diperlekeh usahanya dan dipersenda niatnya, namun semua itu tidak pernah mempengaruhi apa yang ada dalam hatinya iaitu perjuangam melahirkan generasi pemain muda yang lebih baik.

Pengalaman pahit dilalui termasuk kehilangan abang dalam kemalangan jalan raya selain kecederaan demi kecederaan yang menyebabkan beliau menamatkan kerjaya dalam sukan bola sepak lebih awal bagaikan satu kesilapan baginya, dan dengan kekuatan yang ada di bangkit untuk membetulkan kesilapan pernah dilakukan.

Bangkit dengan niat mengembalikan semula zaman kegemilangan bola sepak dalam hidupnya melalui pemain muda berjaya yang dilahirkan hasil bimbingannya.

Kejayaan dikecapi Felda FC hari ini membuktikan #NiatBersama untuk membantu pemain muda dalam sukan kegemarannya ini berhasil.




No comments

Powered by Blogger.