Header Ads

Paus Mati Termakan Lebih 80 Beg Plastik Terdampar Di Pantai Selatan Thailand..



BANGKOK: Seekor ikan paus mati di selatan Thailand selepas makan lebih 80 beg plastik, kata pihak berkuasa, menamatkan cubaan menyelamat yang gagal menghidupkan semula mamalia itu.

Thailand adalah satu daripada pengguna terbesar beg plastik dunia, yang membunuh ratusan haiwan marin tinggal berhampiran pantai popular negara itu setiap tahun.


Paus pandu jantan kecil itu menjadi mangsa terbaharu selepas haiwan itu ditemui tenat di sebuah terusan berhampiran sempadan dengan Malaysia, kata Jabatan Sumber Marin dan Laut dalam Facebook mereka semalam.

Image result for Thaïlande: Une baleine pilote meurt après avoir avalé 80 sacs en

Image result for Thaïlande: Une baleine pilote meurt après avoir avalé 80 sacs en

Pasukan doktor haiwan cuba 'menstabilkan mamalia itu namun gagal' tengah hari kelmarin, kata tulisan berkenaan.

Jabatan itu berkata, bedah siasat mendedahkan, 80 beg plastik seberat sehingga lapan kilogram ditemui dalam perut mamalia itu.


Gambar bersama tulisan itu menunjukkan kumpulan berkenaan menggunakan boya untuk memastikan paus itu timbul selepas kali pertama dilihat Isnin lalu dan payung untuk melindunginya daripada terik matahari.

Image result for Thaïlande: Une baleine pilote meurt après avoir avalé 80 sacs en

Jabatan itu berkata, paus terbabit memuntahkan sehingga lima beg plastik ketika cubaan menyelamat sebelum ia mati.


Pakar biologi marin dan pensyarah Universiti Kasetsart, Thon Thamrongnawasawat berkata, beg plastik itu menjadikannya sukar buat mamalia terbabit makan sebarang makanan berkhasiat.

Thon berkata, sekurang-kurangnya 300 haiwan marin termasuk paus pandu, penyu dan ikan lumba-lumba mati setiap tahun di perairan Thailand selepas makan plastik. -AFP

No comments

Powered by Blogger.