Header Ads

Model ini Kongsi 3 Cara Selfie Untuk Kelihatan Cantik di Hari Raya!


Shazlina Abdullah, nama yang sering menjadi sebutan sekarang sebab kalau pergi Watsons atau Farmasi mesti ada muka beliau.

Kali ini, Shazlina atau lebih manja dipanggil Lin, berkongsi cara selfie yang menarik untuk kelihatan cantik di Hari Raya.

Ye la, hari raya la hari paling banyak ambil gambar. Macam-macam gaya. Kadang kala sampai berpuluh kali sebab gambar selfie yang di ambil tak menjadi.

Apa kata ikut cara yang ditunjukkan Shazlina Abdullah. Confirm gambar nampak lebih cantic dan menawan.

3 Cara Selfie Untuk Kelihatan Cantik oleh Shazlina Abdullah.

1.    Go Natural

Pertama, mesti kena natural. Senyum hanya perlu biasa-biasa sahaja. Kalau lebih-lebih senyum, akan nampak pelik. Tapi kalau tak senyum, nampak masam pulak kan.

Mimik muka pula, jangan buat mimik muka yang nampak sangat di buat-buat. Lagi gambar tak lawa. Hari raya kena maniskan muka. Ye dak?

Bila nak ambil gambar dengan aksi natural, kena anggap kamera macam tak ada. Senyum sikit, go natural dan snap!.

2.    Angle muka yang cantik.

Setiap orang akan ada angle yang nampak cantik bila bergambar. Jadi kita kena kenal pasti angle muka dan badan bahagian mana cantik apabila kita bergambar.

Kata Lin, kalau muka kecil, kena senyum lebih sikit bagi nampak besar. Kalau muka besar, kena ambil bahagian sisi baru nampak kurus.

 “Tapi kalau Lin, Lin suka bahagian sisi kanan. Tak suka sebelah kiri.”


 Lagi satu tip dari Lin, bila ambil gambar, naikkan sedikit kamera ke atas. Baru cantik gambar selfie!.

3.    Elak Penat Apabila Senyum

Macam mana nak elakkan muka penat apabila lama sangat senyum? Ha. Ini kena tengok video Lin ni.

Kami nak cakap pun, tak pandai. Hanya Lin mampu tunjuk.



Ha membantu tak tip dari Lin ni? Harap membantu la kita semua untuk dapatkan gambar selfie paling umphh di Hari Raya nanti.

Sebelum tu, kami kongso kat sini satu lagi video iaitu 4 senaman regangan muka! Ini pun dikongsikan oleh Lin.


Selamat mencuba!


Untuk wajah yang lebih berseri di Hari Raya nanti, jangan lupa amalkan Flavettes Effervescent Glow yang mengandungi Vitamin C, Vitamin E, & Glutathione untuk mencerahkan serta memulihkan kulit wajah anda.


Tips ini dibawakan oleh Flavettes Malaysia.

Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook: www.facebook.com/FlavettesMalaysia dan Youtube: Flavettes Malaysia




No comments

Powered by Blogger.