Header Ads

Mesra Bites roti terbaru Kedai Mesra Petronas

SINGGAH KEDAI MESRA PETRONAS, BANYAK KOMBO SARAPAN MENU BERKHASIAT PADA HARGA BERPATUTAN


PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) memperluaskan lagi kombo sarapannya, Mornings @ Mesra dengan memperkenalkan roti terbaru mereka, Mesra Bites selain pelbagai perisa roti seperti Cheese Stick, Sambal Ikan Bilis, Sambal Udang dan Kaya.

Semuanya hanya boleh didapati di Kedai Mesra yang terdapat di kira- kira 500 stesen Petronas di seluruh semenanjung Malaysia.

Yang pasti melalui Mesra Bites, kombo sarapan Mornings @ Mesra kini boleh didapati dalam tiga menu iaitu Big Bites, Light Bites and Happy Bites, dan sangat sesuai untuk mereka yang memerlukan hidangan berat atau ringan malah sesuai untuk kanak- kanak.

Kombo sarapan dengan Mesra Bites ini juga menawarkan pelbagai pilihan menu yang mampu memenuhi kehendak seisi keluarga kerana kami percaya betapa pentingnya sarapan pagi dan mahu semua pelanggan kami sihat serta ceria sentiasa.

Mornings @ Mesra juga menyediakan makanan untuk kanak-kanak, iaitu Happy Bites - susu coklat dan roti.


Mornings @ Mesra mempunyai lebih banyak tawaran menarik dengan pelbagai pilihan kombo sarapan kepada pelanggan PETRONAS dari semua peringkat usia dan latar belakang. 

Kombo ini adalah pakej sarapan lengkap:

Menu Big Bites terdiri daripada makanan istimewa tempatan selain terdapat pelbagai pilihan minuman seperti kopi panas, minuman tin Nescafe, atau Milo, dengan harga RM5.

Menu Light dan Happy Bites pula menawarkan pilihan roti Mesra Bites dan minuman, dengan harga bermula dari RM3. Minuman ialah kopi panas atau minuman tin Nescafe untuk menu Light Bites manakala menu Happy Bites menawarkan minuman berperisa coklat Goodday Charge.


Layari laman web: https://www.mymesra.com.my/Promotions-@-MORNINGS_-a-_Mesra.aspx untuk maklumat lanjut berhubung Morning@Mesra.

No comments

Powered by Blogger.