Header Ads

Lebih 400,000 Peminjam PTPTN Dikeluarkan Daripada Senarai Hitam..



KUALA LUMPUR - Sebanyak 429,945 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dikeluarkan daripada senarai hitam sekatan perjalanan oleh Jabatan Imigresen Malaysia sejak 24 Mei lepas.


Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata, proses ‘pemutihan’ nama peminjam itu diselesaikan sepenuhnya pada 8 Jun lepas, seminggu lebih awal dari tarikh yang dijangka iaitu pada 15 Jun lalu.

Bagaimanapun, beliau meminta mereka yang dikeluarkan daripada senarai hitam berkenaan supaya terus membayar hutang pinjaman pendidikan masing-masing.


“Tindakan ini adalah bagi memenuhi manifesto 100 hari kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) iaitu memansuhkan dasar (sekatan perjalanan itu),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Susulan langkah itu, katanya, kaunter PTPTN di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ditutup sepenuhnya berkuat kuasa 1 Julai depan. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.