Header Ads

Kejam! Tentera Israel Kurung Dan Kimpal Pintu Rumah Warga Palestin, Cuba Halau Warga Palestin Dari Rumah Sendiri..



Sebuah keluarga di Palestin terperangkap di dalam rumah mereka selepas tindak zalim tentera Zionis mengimpal pintu rumah tersebut bagi mengelak mereka daripada meninggalkan rumah, dalam kejadian yang berlaku di wilayah yang dirampas Israel, Hebron.


Samir Yusri Zahida berkata, tentera rejim Zionis memecah masuk rumahnya kira-kira jam 8 pagi dan memaksa dia bersama-sama ahli keluarga yang lain masuk ke dalam satu bilik.

Selepas mengurung keluarga itu buat sekian lama, tentera Israel kemudian datang kembali dan memecah tingkap rumah tersebut. Tentera itu dilaporkan menjerit melalui tingkap dengan memberitahu sekiranya mereka ingin meninggalkan rumah, mereka boleh berbuat demikian dengan keluar melalui tingkap yang dipecahkan itu.


Zahida memberitahu bahawa cermin tingkap rumahnya yang dipecahkan itu tidak menghala ke jalan raya, sebaliknya menghala ke arah rumah jirannya.


Koordinator Pertubuhan Hak Asasi Manusia Hebron, Imad Abu Shamsieh berkata, tentera Israel cuba mengalau keluarga itu dari rumah mereka sejak dua minggu yang lalu lagi. Beliau menyifatkan pendekatan yang diamalkan oleh Israel itu bertujuan untuk mengosongkan semua penduduk Palestin di Jalan Al-Shuhada bagi membolehkan peneroka haram Yahudi berpindah masuk ke komuniti itu.


Orang-orang Palestin yang menetap di Bandar Lama Hebron berhadapan dengan ancaman tentera rejim Zionis setiap hari, dengan 20 kawasan pemeriksaan diwujudkan bagi memantau pergerakkan mereka, termasuk di pintu utama Masjid Ibrahim.



Selain itu, Israel turut menghalang daripada orang Palestin memandu di kawasan tersebut, pintu rumah dan kedai milik orang Palestin dikimpal supaya aktiviti harian mereka terganggu. Malah di beberapa kawasan Bandar Lama, penduduk Palestin langsung tidak dibenarkan berjalan melaluinya.


Dalam pada masa yang sama, kira-kira 800 orang pendatang haram Yahudi bebas memandu dan bergerak tanpa sebarang masalah di bandar tersebut.

No comments

Powered by Blogger.