Header Ads

“Jangan Segan Ajak Kawan Atau Kekasih Solat” - Pesanan Qi Razali..



PENGACARA Qi Razali meluahkan rasa pelik segelintir masyarakat yang segan untuk mengajak kawan atau teman wanita menunaikan solat ketika sampai waktu berbuat demikian.

Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali, 41, berkata, perkara itu bukan satu kesalahan dan ia seharusnya menjadi tanggungjawab sebagai seorang umat Islam.


"Tak salah kalau kita ajak kawan atau kekasih kita solat. Zaman sekarang, nak ajak orang solat pun segan. Pelik pulak tengok.

"Kalau dia orang tak nak solat atau marah kita balik, takpe, kita ajak lagi. Itu memang tanggungjawab kita. Ajaklah cara elok, bagi contoh yang baik," ujarnya.


Status tersebut mendapat perhatian netizen di Twitter yang bersetuju dengan pendapat yang diutarakan anggota kumpulan OAG itu.


Malah, ada juga pengikut yang tertarik dan menganggap Qi adalah contoh lelaki yang boleh dijadikan suami.

"Sekarang kalau ajak orang buat benda baik, orang pelik. Tapi kalau ajak buat benda jahat tak pelik pula.


"Awak contoh lelaki dibuat suami sangat," ujar salah seorang netizen.

Tweet berkenaan menerima hampir 400 ulang kicau dan 500 tanda suka netizen di laman sosial berkenaan.


No comments

Powered by Blogger.