Header Ads

‘Gantung Diri Dalam Bilik Hotel’ Anthony Bourdain Chef Selebriti Antarabangsa Akhiri Hayat Dengan Bunuh Diri Pada Umur 61..



Chef Selebriti terkenal dan pengacara Amerika Syarikat (AS), Anthony Bourdain dilaporkan mati akibat bunuh diri semalam pada usia 61 tahun.

Menurut laporan CNN, beliau ditemui mati dalam sebuah bilik hotel di Perancis pada Jumaat. Laporan awal mengatakan beliau mati menggantung diri.


"Dengan rasa yang amat sedih kami mengesahkan kematian sahabat dan rakan kerja kami, Anthony Bourdain," kata CNN dalam satu kenyataan.

Bourdain berada di Perancis untuk merakam episod terbaru programnya bersama CNN ‘Parts Unknown’ yang membawa penonton mengembara ke ke seluruh dunia dalam mencari makanan mengikut budaya masyarakat tempatan.



Teman rapatnya, Eric Ripert, seorang chef di Perancis menemui Bourdain dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik hotelnya, pada pagi Jumaat.


Bourdain dilahirkan di New York pada 25 Jun 1956 dan membesar di New Jersey. Pda 25 Jun ini, dia sepatutnya menyambut hari kelahirannya yang ke 62.

Pemergian Bourdain hanya tiga hari selepas pemergian pereka fesyen terkenal, Kate Spade.


No comments

Powered by Blogger.