Header Ads

"Dia 'Pergi' Sebagai Hero." Suami Cuba Lindungi Isteri Hamil, Mati Ditembak Perompak..



Seorang lelaki berusia 51 tahun di Okland, California, maut ketika cuba melindungi isterinya yang hamil dari perompak, lapor Nextshark. 

Dalam kejadian 22 Mei, sekumpulan perompak memecah masuk kediaman Hoan Lieu dan mengancam isterinya, Kat, 38, yang sedang menonton televisyen.

Lieu pada ketika itu berada di bilik lain bergegas menyelamatkan isterinya tetapi ditembak mati dan suspek terus melarikan diri. 


Adik mangsa, Chris, berkata, abangnya cuba melindungi isterinya dari dicederakan oleh suspek. 

"Di fikiran saya, dialah (Lieu) hero. Dialah yang sanggup berkorban nyawa untuk melindungi isteri dan zuriatnya yang masih dalam kandungan. 

Lieu dan keluarganya berhijrah dari China ke Amerika pada tahun 80-an. Lieu kemudian menemui pasangannya, Kat, dan mendirikan rumah tangga pada Disember 2015. Kat kemudian disahkan hamil dan dijangka akan bersalin pada Ogos 2018. Pasangan itu juga berhasrat menamakan anak mereka sebagai Benjamin. 

"Dia sangat gembira dengan keluarganya, Malah dia bekerja keras selepas mendapat tahu Kat mengandung," kata Chris. 


Lieu bekerja sebagai pemandu Uber, buruh pembinaan dan melakukan kerja-kerja pemasangan sistem bunyi untuk pelbagai majlis/acara. 

Susulan kejadian itu, Chris mewujudkan tabung sumbangan (GoFundMe) untuk membantu keluarga Kat dan kandungannya. Setakat ini, kempen itu telah mengutip dana sebanyak US$34,422 dari sasaran US$100,000 dalam masa lima hari pertama. 


Ketika ini, Kat tinggal bersama keluarga suaminya dan Chris berkata, Kat boleh tinggal bersama mereka selama mana yang dia perlukan. 

"Kat sangat sedih dengan pemergian suaminya. Setiap saat dia akan memikirkan tentang abang saya dan menangis. Tetapi dia juga tahu dia tidak boleh terlalu membawa perasaannya kerana ia boleh menjejaskan kandungannya. 


"Abang saya adalah punca pendapatan keluarganya, kini dia telah 'pergi'. Kat dan Benjamin perlukan bantuan kewangan. Segala sumbangan anda akan disalurkan kepada Kat dan Benjamin melalui detik-detik sukar ini dan sedikit sebanyak menjamin masa depan Benjamin," katanya. 

Difahamkan, pihak berkuasa juga menawarkan ganjaran US$15,000 kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai suspek.

No comments

Powered by Blogger.