Header Ads

Cara Nak Simpan Duit Dengan 3 Langkah Mudah Walaupun Tidak Banyak Duit. Dengan Cara Ini, Sedar-Sedar Dah Ada Ribuan Ringgit Dalam ASB..



Nak kumpul duit memang tak mudah, kena ada komitmen dan disiplin diri supaya kita tidak mudah ‘cair’ dengan jualan murah atau menu makan hipster yang sering meruntun jiwa.

Namun begitu kalau dah mula melabur dan tengok pula duit pelaburan bertambah setiap tahun kerana agihan pendapatan yang diterima, pasti rasa rugi kalau tak melabur.

Langkah 1

Langkah pertama untuk mula melabur ialah kita perlu mempunyai satu akaun pelaburan yang mudah untuk kita fahami, seperti ASB. Kenapa ASB? Kerana ASB ini merupakan unit amanah dengan ciri yang amat mudah iaitu berharga tetap, berisiko rendah dan memberi pulangan yang kompetitif.

Melabur dalam ASB sama macam simpan duit di bank atau Tabung Haji, cuma bezanya ialah ASB sering memberi pulangan lebih tinggi berbanding bank.

Kalau simpan saja duit gaji dalam bank, dividen yang anda terima mungkin sekitar 1-2% saja manakala kalau anda simpan dalam ASB, anda berpeluang menerima agihan pendapatan sehingga 8 peratus. Untungkan...Jadi jangan biarkan wang anda lama-lama dalam bank, dapat je gaji teruslah melabur dalam ASB.

Anda bukan sahaja boleh melabur untuk diri sendiri, tetapi juga untuk anak-anak anda seawal usia kelahiran. Paling best sekarang ini ASNB memberikan RM200 percuma dalam ASB untuk bayi yang lahir pada atau selepas 1 januari 2018.

Macam mana nak buka akaun ASB? Pergi saja ke Cawangan atau Ejen ASNB untuk membuka akaun yang mana pelaburan permulaan ialah serendah RM10.

Bawa bersama kad pengenalan. Kalau nak buka untuk anak-anak sekali, bawa mykid/sijil kelahiran/kad pengenalan mereka.

Uniknya ASB ini ialah ia ditawarkan khusus untuk Bumiputera, jadi apa lagi, bukalah akaun pelaburan untuk membina tabungan..susah-susah nanti ada juga duit sebagai sandaran.




Langkah 2

Selepas mempunyai akaun ASB, penting untuk kita mendaftar dengan portal myASNB.

Portal inilah yang akan membolehkan kita melabur setiap bulan secara konsisten kerana kita boleh melabur secara on-line. Jadi alasan sibuk, tak sempat, parking mahal sudah tidak relevan lagi.

Paling best, melabur guna myASNB ini percuma saja dan baki kita akan terus di update real time, berbanding kalau melabur dalam ASB menggunakan portal bank macam Maybank2u dan CIMBClicks.

Orang kata kalau nak seribu daya kalau tak nak seribu dalih… jadi jangan tunggu lagi, dah ada ASB, gaji pun masuk setiap bulan, apa yang perlu anda lakukan ialah melabur dalam ASB secara online.

Jadi melaburlah, paling minimum yang dibenarkan menerusi myASNB ialah RM100. Jadi bila gaji masuk, melaburlah RM100 terus sebelum anda berbelanja dan tetapkan hati supaya wang yang dilaburkan itu tidak dikeluarkan.

Sebagai contoh, katakan kita melabur RM100 sebulan dalam ASB dan menerima pulangan purata 7 peratus setahun selama 10 tahun. Pada akhir tahun ke sepuluh kita akan mempunyai kira-kira RM17,000 dalam tabungan.

Kelebihan lain apabila menggunakan portal myASNB ialah anda boleh mendapatkan rekod urusniaga terperinci untuk tempoh 30 hari, menyemak dan muat turun penyata tahunan, penyata urusniaga terperinci dan penyata KWSP, menambah pelaburan untuk anak anda yang mempunyai akaun ASB dan membuka akan baharu seperti ASB2, ASD, ASW 2020 dan ASN secara online


Langkah 3
Lepas melabur, lupakan sahaja wang yang anda laburkan itu. Keluarkan hanya apabila perlu atau apabila sampai masanya merealisasikan matlamat yang ditetapkan.
Masalah utama yang sering kita hadapi ialah selepas membuat pelaburan, duit yang ada tak cukup pula untuk menampung perbelanjaan hingga akhir bulan. Jadi tengah-tengah bulan, masa tengah sangap sangat tak de duit, kita pun bersusah payah keluarkan duit yang dilaburkan. Yang pelik tu, keluarkan duit ada masa, nak masukkan duit sibuk pula.
Masalahnya ialah apabila wang yang dilaburkan itu sering dikeluarkan, kita tidak akan menerima sebarang dividen daripadanya dan matlamat melabur pun tak mungkin jadi kenyataan sampai bila-bila.
Jadi kalau sering tak cukup duit setiap bulan, analisa semula perbelanjaan kerana mungkin kita banyak berbelanja untuk kehendak seperti hiburan, makan di luar, shopping dan sebagainya. Mengawal kehendak amat penting untuk melabur, jadi katakan bye-bye kepada perbelanjaan berlebihan dan mulakanlah perbelanjaan berhemah.
Hanya dengan disiplin diri dan komitmen, kita dapat melabur dan merealisasikan impian, tidak kisahlah sama ada untuk memiliki rumah, membiayai pendidikan anak-anak atau bersara dengan selesa.

Kitalah yang menentukan sama ada apabila tiba ketika kita memerlukan wang, kita mempunyai sumber untuk membiayainya atau terpaksa meminjam dan terus menambah beban kewangan…

Jangan sampai apabila usia telah menginjak senja, barulah tersedar bahawa wang pelaburan yang ada tidak sebanyak mana, dan kita perlu bekerja hingga ke akhir usia…



Di sini kami kongsikan bagaimana nak mendaftar untuk myASNB. Ikuti 6 langkah berikut:

Langkah 1  : 

Langkah 2 :   Klik ‘Daftar di sini’

 

Langkah 3  :  Isi Maklumat Pemegang Unit.
Selepas selesai mengisi semua maklumat diperlukan, klik seterusnya
Langkah 4 : Pengesahan nombor telefon bimbit.
Sekiranya 4 nombor akhir yang dipaparkan adalah sama dengan nombor telefon yang sedang anda gunakan, klik Permintaan TAC. Masukkan nombor TAC yang anda terima menerusi SMS.
(Penting : Jika tiada nombor telefon tertera atau nombor yang tertera berbeza daripada nombor telefon yang sedang anda gunakan, anda, anda perlu mengemaskini  nombor telefon terlebih dahulu di Cawangan atau Ejen ASNB).
Langkah 5 :  Pendaftaran Nombor Akaun. Masukkan semua maklumat yang dikehendaki. Klik ‘Tamat’

Langkah 6 :   Anda akan menerima ‘Kata Laluan Sementara’ yang akan  digunakan apabila anda Log Masuk myASNB untuk kali  pertama 

Langkah 7 : Log masuk ke myASNB dan ikuti semua langkah yang dinyatkan. Kini pelaburan dihujung jari anda.










No comments

Powered by Blogger.