Header Ads

Bimbang Dengan Keadaan Jumlah Hutang Negara Yang Terlampau Banyak, Sultan Muhammad V Perkenan Gajinya Sebagai Agong Dipotong 10 Peratus..



Berikutan tahap hutang negara yang membimbangkan, Sultan Muhammad V memberi perkenan supaya peruntukan gaji serta emolumen sebagai Yang di-Pertua Agong dikurangkan sebanyak 10% sepanjang tempoh pemerintahan Seri Paduka sehingga 2021.


Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata ini kerana Seri Paduka amat prihatin tentang tahap hutang dan keadaan ekonomi negara serta mahu bersama-sama rakyat menunaikan tanggungjawab terhadap negara,

"Seri Paduka Baginda amat tersentuh dan menzahirkan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah bermurah hati menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia yang diwujudkan kerajaan baru-baru ini," katanya dalam kenyataan hari ini.


Setakat semalam, jumlah kutipan untuk Tabung Harapan Malaysia mencecah RM55,386,342.38.

Wan Dahlan juga dalam kenyataannya berkata, sempena Raya tahun ini, Seri Paduka beri titah agar tidak melaksanakan majlis rumah terbuka di Istana Negara. Peruntukkan tersebut lebih baik jika digunakan untuk membantu golongan yang lebih memerlukan. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.