Header Ads

"Walau DAP Menang Lebih Banyak Kerusi Daripada PKR, Tapi Kami Berikan Calon PKR Melayu Islam Dilantik Sebagai Menteri Besar.” Loke Siew Fook..



SEREMBAN: Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook, berkata walaupun DAP menang lebih banyak kerusi daripada PKR di Negeri Sembilan, parti itu akan membenarkan calon PKR dilantik sebagai Menteri Besar.

Siew Fook berkata, mereka akan menghormati Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan yang menghendaki Menteri Besar dilantik daripada kalangan lelaki Melayu Islam.


"DAP tidak mempunyai calon Melayu Islam justeru kita menyokong penuh calon PKR untuk memimpin," katanya pada sidang media di sini, malam tadi.

Sementara itu, Pengerusi PKR negeri, Aminuddin Harun, berkata mereka menunggu keputusan pucuk pimpinan mengenai calon Menteri Besar dalam masa terdekat.


"Pucuk pimpinan akan tentukan siapa yang akan menjadi Menteri Besar. Apa pun, kita akan menguruskan perkara berkaitan membentuk kerajaan negeri termasuk menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, dalam masa terdekat," katanya.

No comments

Powered by Blogger.