Header Ads

(VIDEO) Sultan Brunei Bersama Putera Mateen Buat Kunjungan Bertemu Tun M...



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut ketibaan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang diiringi anakandanya Putera Abdul Mateen Hassanal Bolkiah.


Baginda yang memandu sendiri kenderaan tiba sekitar jam 11.48 pagi.


Pertemuan kedua pemimpin berlangsung sejurus selepas Dr Mahathir mempengerusikan mesyurat bersama Ketua Setiausaha kesemua Kementerian bagi menerangkan fungsi dan peranan kerajaan baru.

Image result for Dr. Mahathir terima kunjungan Sultan Brunei hari ini

Setakat ini tidak dipastikan tujuan pertemuan kedua pemimpin.

Sultan Brunei diiringi oleh Tun Mahathir selepas Baginda tiba di Yayasan Al-Bukhary di ibu negara pagi tadi. - Foto Astro AWANI

Baginda dan anakanda berangkat meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana Sekitar jam 12.55 tengah hari.


Terdahulu ketibaan Baginda disambut ister Tun Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.

Putera Mateen (kiri), Tun Mahathir, Sultan Brunei dan Tun Dr Siti Hasmah sempat bergambar di Yayasan Kepimpinan Perdana pagi tadi. - Foto Astro AWANI

No comments

Powered by Blogger.