Header Ads

(VIDEO) “Saya Harap Istana Negara Ini Hari Juga Melantik Perdana Menteri Yang Baru Kerana Ini Adalah Kepentingan Rakyat Bukan Kepentingan Saya Ataupun Individu,” Sultan Johor Mahu Suara Rakyat Dihormati..





JOHOR BAHRU 10 Mei - Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berharap Istana Negara dapat memastikan perdana menteri baru dilantik ke jawatan itu hari ini juga.

“Dengan ini saya minta kerajaan dilantik serta-merta dan jangan berbuang masa lagi.


“Dan saya harap Istana Negara ini hari juga melantik perdana menteri yang baru kerana ini adalah kepentingan rakyat bukan kepentingan saya ataupun individu,” titah baginda.

Baginda adalah anggota Majlis Raja-raja Melayu.

Keputusan PRU14 menyaksikan PH memenangi 36 daripada 56 kerusi negeri, sekali gus memberi laluan selesa membentuk kerajaan negeri yang baharu.


BN Johor sekadar menang 19 kerusi manakala PAS, satu kerusi sahaja.

Daripada 26 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, BN hanya memenangi lapan kerusi iaitu Pengerang, Kota Tinggi, Mersing, Ayer Hitam, Parit Sulong, Pontian, Sembrong dan Tenggara. - 

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.