Header Ads

(VIDEO) 'Merajuk Selepas Di Marah Bapa Kerana Malas Dan Suka Tidur.' Budak Lelaki Tidur Di Belebas Tingkap Aras Lima Rumah Pangsa..



CHINA- AKIBAT dimarah bapa kerana malas, seorang budak lelaki bertindak keluar menerusi tingkap rumah pangsanya dan tidur di belebas aras lima bangunan itu.

Tindakan kanak-kanak 12 tahun itu dirakam penduduk kawasan berkenaan di Jiangkou, wilayah Guizhou di selatan China itu dan memaklumkan pasukan keselamatan.


Budak itu yang sememangnya gemar tidur hingga sering ditegur bapanya itu sengaja berbuat demikian untuk mengelak daripada bapanya.

Image result for Video: Boy Sleeps On Fifth Floor Window Ledge After Scolding From

Memakai baju tidur kuning, dia hanya berbaring dengan tangan mendakap dada dan saiz tubuhnya yang kecil bagaikan sesuai dengan lebar dan panjang belebas tingkap itu.


Ketika kedengaran seseorang berkata: "Bapanya dah balik, mungkin dia akan turun dan tidur di dalam.", pada masa sama budak itu dari berbaring terus duduk di belabas itu.

Image result for Video: Boy Sleeps On Fifth Floor Window Ledge After Scolding From

Beberapa minit kemudian jentera bomba tiba untuk membawa dia turun.


Menggunakan kren, seorang anggota bomba kemudiannya mendukung budak itu sebelum dibawa kren ke bawah.-SMCP

Image result for Video: Boy Sleeps On Fifth Floor Window Ledge After Scolding From


VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.