Header Ads

(VIDEO) "Meghan Markle Bukan Wanita Terbaik Untuk Kamu Jadikan Isteri. Belum Terlambat Untuk Kamu Batalkan Perkahwinan.” Abang Tiri Meghan Markle Tulis Surat Terbuka Kepada Putera Harry..



ABANG tiri Meghan Markle menulis surat terbuka memberitahu hari bahagia Putera Harry bakal menjadi kesilapan terbesar dalam sejarah perkahwinan diraja.


Thomas Markle Junior yang merupakan adik beradik sebapa dengan Meghan berkata, putera berusia 33 tahun itu masih belum terlambat untuk membatalkan perkahwinan itu.

Thomas.

Lelaki berusia 51 tahun dari Oregon, Amerika Syarikat itu mengecam adik tirinya dan menyifatkan wanita itu sebagai membosankan, berfikiran cetek dan bongkak.

Thomas turut mengatakan perkahwinan itu sebagai 'kisah dongeng yang palsu' yang akan menjadi bahan jenaka kepada Putera Harry dan kerabat diraja Britain.


Surat itu yang dikongsikan kepada In Touch Weekly berkata: "Semakin dekat dengan tarikh perkahwinan diraja, ia menjadi semakin jelas bahawa ia satu kesilapan terbesar dalam sejarah perkahwinan diraja."

"Meghan Markle sudah jelas bukan wanita terbaik untuk kamu.


Extended family: Meghan has been estranged from most of her dad's side of the family for years. Above she is pictured as a young girl with her father Thomas Markle, Thomas Markle Jr's son Thomas and Tyler Dooley, and his ex-wife Tracey Dooley

"Saya pelik kenapa kamu tidak nampak sikap sebenar Meghan selama ini yang jelas di mata dunia.

"Cubaan Meghan untuk berlagak seperti seorang puteri sama macam pelakon Hollywood gred C, dan ia sudah lapuk."



Isi kandungan surat terbuka Thomas kepada Putera Harry.

Abang Meghan turut mendakwa, bapa mereka kesempitan wang selepas berhabis wang untuk memastikan cita-cita Meghan bergelar pelakon menjadi kenyataan sehingga dibebani hutang.

"Apa jenis manusia yang menggunakan bapa sendiri sehingga muflis dan kemudian melupakannya di Mexico sehingga muflis disebabkan oleh hutang-hutang Meghan.

"Dan bila tiba masa untuk membayar balik, dia lupa bapanya sendiri macam dia tak pernah kenal.


"Nampak jelas popularitinya di Hollywood telah membuatkan dia lupa diri.

"Dia juga tidak menjemput keluarga sendiri, tapi menjemput orang luar ke perkahwinan itu. Siapa yang lakukan begitu?

Thomas mengakhiri suratnya dengan: "Meghan masih adik saya, dia adalah keluarga.

"Jadi apa sahaja yang berlaku kepada dirinya, sama ada dia mahu melupakan yang dia mengenali saya atau seluruh keluarganya, keluarganya sepatutnya diutamakan."

Sumber- Mirror UK

VIDEO:


No comments

Powered by Blogger.