Header Ads

(VIDEO) Liat Bayar Hutang, Iklan Wajah Peminjam Hutang Dipamerkan Di Panggung Wayang..




PIHAK berkuasa di daerah Hejiang, wilayah Sichuan di China tampil dengan satu kaedah kontroversi untuk mendesak peminjam membayar hutang mereka.

Caranya ialah dengan menunjukkan wajah dan nama mereka dalam satu klip pendek di pawagam sebelum tayangan filem bermula.


Disebut 'Reel of Shame', klip itu mempunyai watak animasi yang memberitahu penonton 'Jom tengok 'laolai' ini' sebelum menunjukkan muka, nama dan butiran peminjam pada skrin besar.

'Laolai' merujuk kepada peminjam yang gagal membayar hutang mereka tepat pada waktunya.

Image result for Coming to a cinema near you – Chinese debtors 'reel of shame

Untuk memastikan ia berkesan, pihak berkuasa memilih untuk mempamerkan wajah-wajah peminjam di panggung wayang di kawasan tempat tinggal mereka.


"Memalukan mereka secara umum telah menjadi kaedah yang semakin meluas untuk menghukum laolai, bersama hukuman lain kerana gagal membayar balik pinjaman, termasuk senarai hitam dan sekatan perjalanan," kata Pengarah Penguatkuasa Pengadilan Hejiang, Li Qiang, kepada laman The Cover.

Image result for Coming to a cinema near you – Chinese debtors 'reel of shame

"Bagi penonton di pawagam, kami secara khusus memilih untuk mendedahkan nama penghutang di kawasan rumah mereka supaya ia lebih tepat kepada sasaran dan hasilnya akan lebih berkesan."

Satu video Reel of Shame yang disiarkan di pawagam di Hejiang baru-baru ini tular di Weibo.


Ia menunjukkan wajah dan nama 26 eksekutif perniagaan yang gagal membayar pinjaman mereka walaupun mendapat perintah mahkamah.

Menariknya, Reel of Shame adalah salah satu daripada beberapa kaedah memalukan secara umum yang digunakan di China.

Tahun lepas, kerajaan melancarkan sistem nasional yang membolehkan nama peminjam, nombor kad pengenalan, gambar, alamat rumah dan amaun yang perlu dibayar penghutang disebarkan kepada umum melalui pelbagai saluran sebagai cara memaksa mereka membayar hutang.

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.