Header Ads

(VIDEO) ‘Kepalanya Terperangkap Dalam Kotak Kaca Berbingkai Besi Yang Dipenuhi Air.’Peserta Aksi Lagak Lepas Diri Hampir Maut Sewaktu Program Realiti Britain's Got Talent Bersiaran Secara Langsung..



PASUKAN paramedik terpaksa bergegas ke atas pentas program realiti Britain's Got Talent (BGT) ketika pertengahan persembahan berjalan apabila seorang peserta aksi lagak lepas diri hampir maut sewaktu program itu bersiaran secara langsung.

Image result for BGT's Matt Johnson admits his act was the closest he's come to death

Matt Johnson yang sebelum ini selamat ketika ujian saringan BGT kembali ke program itu untuk menampilkan persembahan yang mengancam nyawa.


Risiko yang diambil amat tinggi kerana Matt bukan sahaja ingin meraih tempat pertama, tetapi perlu memastikan dirinya tidak terkorban dalam aksi tersebut.

Related image

Sebelum memulakan lagak ngeri itu, Matt mengakui aksi tersebut amat merbahaya dan terdapat risiko yang dia mungkin akan mati melakukan persembahan berkenaan.

Amaran Matt itu menjadi kenyataan apabila kakitangan produksi terpaksa masuk menyelamatkannya kerana dia kelihatan meminta pertolongan.


Matt mengunci dirinya dengan jaket besi dan diapit di seluruh bahagian dadanya, manakala kepalanya pula 'terperangkap' dalam kotak kaca berbingkai besi yang dipenuhi air.

Pasukan paramedik mendapatkan Matt selepas dia berjaya menyelamatkan dirinya. - ITV

Pada masa sama, terdapat juga dua rantai di sekeliling tubuhnya dan diikat ke pergelangan tangannya dengan gari.

Keadaan itu membuatkan Matt sukar untuk bernafas.

Matt dilihat melambai tangannya ke arah pasukan paramedik untuk meminta bantuan.


Namun, Matt berjaya membebaskan dirinya pada minit ke 2.21 dan tercungap-cungap menghirup udara, sementara para penonton berdiri menyaksikan detik mendebarkan itu.

Salah seorang juri, Amanda Holden berkata: "Oh Tuhanku, saya sangat membencinya. Saya menahan nafas bersama kamu sepanjang persembahan itu.

"Saya sendiri hampir pengsan. Ia mengujakan untuk menonton, anda sangat berani dan saya gembira anda masih hidup." - Mirror UK

VIDEO:


No comments

Powered by Blogger.