Header Ads

(VIDEO) Jururawat Cedera Parah Selepas Tangan Dikelar Bertubi-Tubi Oleh Lelaki 'Gila' Di Kaunter Hospital Secara Tiba-Tiba...



Seorang jururawat warga Filipina bekerja di salah sebuah hospital di Arab Saudi telah ditikam oleh orang tempatan ketika bertugas.

Menurut Jabatan Hal Ehwal Luar Negera (DFA), jururawat yang bertugas di bilik kecemasan, berusia 29 tahun, Rolanda Mina telah mengalami kecederaan parah ditangannya selepas diserang secara mengejut oleh seorang lelaki Arab Saudi berusia 22 tahun ketika bekerja di hospital Khamis lalu.


Kejadian itu telah dirakam oleh sistem televisyen litar tertutup hospital. Video itu walaubagaimana pun telah dimuatnaik kedalam media sosial dan segera tular.

Didalam rakaman terbabit suspek perlahan-lahan menghampiri Mina dan tiba-tiba mengeluarkan pisau serta mengelar Mina tanpa henti.


DFA memberitahu suspek kini berada dalam tahanan polis dan kes tersebut telah dihantar kepada pendakwa raya untuk disiasat.

Pihak berkuasa masih mencuba mengetahui motif serangan setelah Mina mendakwa langsung tidak mengenali suspek.


Pengurusan hospital juga telah memberikan jaminan bantuan termasuk pembayaran gaji sepanjang rawatan Mina.

Pejabat Konsul Jeneral juga telah menghantar petugas kes untuk membantu Mina dan menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan yang menangani perkara itu.

VIDEO:



Sumber: Rappler

No comments

Powered by Blogger.