Header Ads

(VIDEO) "Jangan Nak Sayang-Sayang, Saya Sudah Ada Dua Orang Anak" - Cik Piah Bagi Warning Pada Lelaki Miang..


Penyampai radio Feeya Iskandar atau Cik Piah kesal apabila masih ada pihak menganggunya di media sosial dengan gelaran sayang.

Menerusi entri di Instagram (IG), Cik Piah menjelaskan bahawa dia sudah mempunyai dua orang anak dan berharap orang ramai dapat menghormati statusnya sebagai seorang isteri.


"Selamat hari pekerja kepada semua. Tak kisahlah apa jua pekerjaan anda, semoga ikhlas menjalankan tugas dan moga berkat rezeki yang di perolehi.

"Cik Piah nak pesan, tolong hormat status orang ye, jangan sesuka hati nak panggil aku sayang-sayang ye.

"Jangan nak melucah tak tentu pasal. Sudah tiga atau empat kali kena block pun tak reti bahasa ye. Aiyoooooo," tulisnya.

Rata-rata menyokong tindakan yang dilakukan oleh Cik Piah dengan memberi amaran kepada pengikutnya dan mereka berharap agar dia segera melaporkan perkara itu kepada pihak berwajib agar tindakan dapat dilakukan.


Feeya dan suaminya, Nurashid Wahab berkahwin pada 6 Mei 2015 dan dikurniakan dua orang anak bernama Adam Malique dan Nuh Aryyan.



No comments

Powered by Blogger.