Header Ads

(VIDEO) Bengang Pelajar Tidur Dalam Kelas, Guru 'Panjat Meja', Tarik Rambut Dan Lempang Pelajar..



Rakaman mengejutkan menunjukkan seorang guru berdiri di atas meja dan kemudian menampar serta menarik rambut seorang pelajar yang sedang tidur.


Lisa Houston, yang telah mengajar di sekolah di South Carolina, AS, selama 27 tahun itu akhirnya bersara selepas video dia cuba mengejutkan pelajar yang sedang tidur itu tersebar di laman sosial.


Rakaman itu menunjukkan Houston menghentakkan meja budak lelaki itu dengan kakinya di bilik darjah, menamparnya dan menarik rambutnya dalam usaha untuk mengejutkan pelajar tidur.


Pelajar lain dapat didengari hanya ketawa ketika wanita itu memijak dada rakan mereka dan membongkok untuk melempang muka pelajar berkenaan.


Pelajar lelaki dalam video itu, yang dirakamkan bulan lalu, berulang kali cuba untuk meletakkan kepalanya di meja untuk kembali tidur.

Houston mendakwa walaupun video itu nampak teruk, tindakannya telah dilihat di luar konteks.


"Jika kamu tanya kepada mana-mana pelajar saya, mereka akan beritahu bahawa saya 'sekepala' dengan mereka, membuatkan mereka terus berjaga dan saya sentiasa ketawa dengan mereka dalam kelas," katanya dalam satu kenyataan kepada WYFF.

"Sekiranya kamu tak tahu situasi, tak tahu apa yang sedang berlaku, ia bukanlah tindakan yang jahat. Ia melucukan.

"Saya mahu orang ramai tahu bahawa saya suka dengan pelajar itu dan hubungan kami sangat baik, saya tak akan buat apa-apa untuk menyakitinya."

Peletakan jawatannya mencetuskan protes besar-besaran daripada pelajar yang mahu dia dikembalikan semula.


Bapa remaja dalam video itu, Julian Johnson, berkata tidak seorang pun daripada mereka meminta guru itu dikenakan tindakan disiplin.

Dia memberitahu Fox Carolina: "Anak saya tidak ada kaitan dengannya, dia letih dan tertidur. Saya tidak menghubungi sekolah minta dia dipecat, saya harap ia akan berlalu dan tidak pernah berlaku."

Satu petisyen telah dibuat untuk mempertahankan tindakan Houston yang mendakwa dia secara salah dituduh menyakiti dan menganiaya pelajar.

VIDEO:


Sumber : The Sun UK

No comments

Powered by Blogger.