Header Ads

(VIDEO) “Alhamdulillah.. .Pembedahan Bahagian Bibir Anak Saya Dah Selesai..” Anak Lan Solo Selamat Jalani Pembedahan..



KUALA LUMPUR: Penyanyi Lan Solo meminta peminat mendoakan bayinya yang berusia tiga bulan, Nur Amna Quxandra, selamat menjalani pembedahan membetulkan bibir sumbing, pagi tadi.



Lan atau nama sebenarnya, Mohd Razlan Mohamed Yusof, 33, memberitahu, anak keempatnya itu sudah memasuki bilik pembedahan di sebuah pusat perubatan di sini, kira-kira jam 8 pagi tadi.


Melalui entri Instagram (IG), Lan mengaku menyaksikan anak dibedah adalah pengalaman baharu dalam hidupnya dan berharap prosedur itu lancar.

"Doakan anak saya, Nur Amna Quxandra atau BabyXandra. Semoga berjaya sayang daddy dan mummy. Moga dipermudahkan segala-galanya... Amin," katanya.


Isteri Lan, Nur Sheila Hassim melahirkan Quxandra pada 24 Februari lalu di sebuah pusat perubatan swasta, di sini.

Selain Quxandra, rumahtangga Lan dan isteri diserikan dengan tiga cahaya mata lain iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.


Pasangan itu berkahwin pada 6 Disember 2009.

VIDEO:


No comments

Powered by Blogger.