Header Ads

"Tunjuk Bukti Jika Dakwaannya Benar.” Datuk Awie Berang Difitnah Oleh Wanita Yang Dakwa Dirinya Dihamilkan Oleh Pemuzik Kumpulan Wings..



Kumpulan Wings mencabar wanita yang mendakwa dihamilkan oleh seorang pemuzik daripada sebuah kumpulan legenda untuk tampil menunjukkan bukti andainya berada di pihak yang benar.


Menurut vokalis Wings, Datuk Awie, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang selepas nama kumpulan Wings dikaitkan dengan kontroversi berkenaan.


"Tunjuk bukti jika dakwaannya benar. Kenapa dia sembunyikan wajahnya ketika membuat dakwaan tersebut. Saya tidak tahu hendak percaya atau tidak.

"Boleh jadi itu merupakan agenda untuk menjatuhkan kerjaya muzik Wings. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana kontroversi berkenaan menjejaskan reputasi kumpulan Wings," kata Awie.

Sungguhpun begitu, jika dakwaan wanita yang kini hamil lima bulan itu benar, Awie mahu pemuzik dimaksudkan bertanggungjawab.

"Salah tetap salah. Kalau betul pemuzik itu harus bertanggungjawab dengan perbuatannya.


"Saya juga tertanya-tanya mengapa dia tidak membuat laporan polis jika perkara itu benar. Jika tidak, wanita itu sengaja mengada-adakan cerita seperti di zaman jahiliah," ujarnya yang ditemui pada majlis sidang akhbar Nostalgia Ramadan Bersama Kumpulan Gitar Rancak Wings di Hotel Premiera.

Terdahulu seorang wanita menuntut seorang pemuzik kumpulan legenda bertanggungjawab selepas lelaki itu menghamilkan dirinya dan memutuskan hubungan dengannya. 








sumber : k online

No comments

Powered by Blogger.