Header Ads

“Tony Antara Orang Yang Pertama Beri Bantuan Kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin Apabila Beliau Dihukum Kerana Mendedahkan Perkara Yang Benar.” Syed Saddiq Gesa Orang Ramai Supaya Berhenti Mengecam Dan Melabel Tony Fernandes Sebagai Seorang Pengkhianat..



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa orang ramai supaya berhenti mengecam dan melabel Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd dan CEO Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes sebagai seorang pengkhianat.

Kata beliau, Tony telah banyak membantu beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang ditindas sebelum ini termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin namun ia tidak didedahkan kepada umum.


Syed Saddiq berkata kebenaran mengenai Tony perlu didedahkan kerana dia tidak sanggup melihat seorang wira disalah tuduh.

“Tony antara orang yang pertama memberi bantuan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila beliau dihukum kerana mendedahkan perkara yang benar.

“Beliau juga menjadi seorang hero apabila AirAsia memberi diskaun penerbangan dan menambah jumlah penerbangan pada musim pilihan raya namun tindakannya itu tidak menyenangkan ‘orang-orang’ bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


“Ia menjadi lebih teruk apabila Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membuat naik sebuah poster untuk berterima kasih dengan tindakan Tony kerana ada pihak mentafsirkan tindakan Tony itu dilihat membantu penyokong Warisan untuk pulang mengundi di Sabah,” katanya dalam satu catatan Instagram hari ini.

Menurut Syed Saddiq lagi, Tony juga dikatakan enggan memecat Tan Sri Rafidah Aziz selepas Bekas Ketua Wanita UMNO itu mengecam kepimpinan Najib secara terbuka.

“Tony diberi tekanan untuk melakukannya (pecat Rafidah). Tapi dia masih dalam keadaan berwaspada.

“Tindakannya itu akhirnya membawa padah apabila beliau didesak untuk melakukan sokongan terbuka kepada kerajaan sebelum ini.

“Beliau terpaksa mengambil video dan kakitangan AirAsia perlu tukar uniform mereka.

“Tolonglah Malaysia, jangan label Tony sebagai pengkhianat,” seru Syed Saddiq.

Menurut Syed Saddiq, beliau berjanji era kerajaan baharu ini akan memastikan rakyat Malaysia mempunyai hak untuk memberi kritikan secara terbuka kepada kerajaan.


"Anda juga boleh melakukan sokongan terbuka kepada pihak pembangkang tanpa rasa takut untuk dihukum.

"Kami mahukan pembangkang yang kuat. Bagi ahli-ahli peniaga, jangan berasa ragu untuk menyokong mana-mana pihak. Kita sedang hidup di Malaysia yang baharu," tambah Syed Saddiq mengakhiri kapsyen di catatan Instagramnya itu.


No comments

Powered by Blogger.