Header Ads

“Tidur Lena Tanpa Di Ganggu Nyamuk” Cuba D.I.Y Perangkap Nyamuk Ini, Tidur Anda Tidak Terganggu Lagi





Tak lama lagi, rumah-rumah atok di kampung pasti dipenuhi dengan anak-anak dan cucu-cucu yang pulang untuk menyambut Aidilfitri bersama sanak-saudara. Memang syok la bila berkumpul dengan sepupu-sepupu. Boleh buat macam-macam aktiviti, bila malam tidur ramai-ramai kat ruang tamu.


Tapi yang tak syok nya bila balik kampung ni, rumah atok banyak nyamuk sebab dekat dengan kawasan hutan. Mesti korang pening kepala kan, pasang ubat nyamuk itu dan ini, nyamuk tetap ada juga. Apa kata korang berpakat dengan sepupu-sepupu korang dan buat perangkap nyamuk ini sama-sama.





Mudah saja, barang-barang yang diperlukan pun mudah didapati selain ianya murah. Jadi adalah juga aktiviti bila berkumpul ramai-ramai tu. Jom baca artikel di bawah.

Bahan-bahan :


1. Botor Air Mineral
2. Gula Perang
3. Yis

4. Air Panas
5. Pisau
6. Soletip
7. Kain / kertas hitam


Senangkan je kan nak dapatkan bahan-bahan di atas.

Langkah - langkah :

1. Dengan menggunakan pisau, potong botol di bahagian tengah. Anda disaran menggunakan botol air mineral bersaiz 1.5 liter ke atas. Jangan buang mana-mana bahagian kerana akan digunakan semula nanti.

2. Campurkan gula perang (50 gram) dengan air panas (200 mililiter). Kacau hingga sebati dan biarkan ia menyejuk.


3. Apabila campuran dan gula perang dengan air panas sudah menyejuk, masukkan ke dalam bahagian bawah botol yang dipotong tadi.





5. Setelah itu, taburkan Yis (1 gram) di atas campuran gula perang dan air pans. Tidak perlu dikacau. Yis akan bertindak balas dan melepaskan karbon dioksida dan menjadi tarikan kepada nyamuk untuk singgah pada botol.

6. Kemudian, ambilkan bahagian atas botol dan satukan dengan bahagian bawah botol dengan bahagian mulut botol menghadap ke bawah.

7. Kukuhkan bahagian yang dipotong tadi dengan menggunakan gam soletip.

8. Ambil kain / kertas hitam, balutkan keseluruhan botol itu tadi.






Senangkan. Dah siap. Anda boleh membuat lebih daripada satu perangkap dan letak di sekitar rumah anda. Periksa perangkap tersebut dan dalam tempoh seminggu, anda akan dapati perangkap tersebut dipenuhi dengan nyamuk.


sumber:IMPIANA
kedit.. siakapkeli

No comments

Powered by Blogger.