Header Ads

Tidur Di Meja Dengan Berbantalkan “Lengan” Yang Menjadi Rutin Hariannya Membawa Padah Apabila Tangan Kirinya Terpaksa Dibedah



Seorang wanita berasal dari China tidak menyangka perbuatan tidur di meja dengan berbantalkan lengan yang menjadi rutin hariannya membawa padah apabila tangan kirinya terpaksa dibedah untuk tujuan pemulihan.

Zhang, 28, merupakan seorang kerani di sebuah pejabat di China sering tidur di mejanya pada waktu rehat dengan berbantalkan lengan kirinya yang menyebabkan lengannya kebas.


Ketika kejadian, Zhang terjaga dari tidurnya dan berasa kebas di lengan kiri pada jangka masa yang agak lama sehingga dia tidak mampu menggunakan tangannya untuk mengambil barang.





Keadaan tersebut memaksa Zhang untuk berjumpa doktor dan disahkan perlu menjalani pembedahan untuk memulihkan lengan kirinya kerana terdapat tekanan pada saraf radialnya yang disebabkan amalan tidur berbantalkan lengan yang dilakukannya selama ini.




Dia juga baru mengetahui bahawa dengan merehatkan kepala di atas lengan boleh menyebabkan kerosakan teruk pada saraf radial, yang mengawal pergerakan pergelangan tangan dan jari.


Selain itu, doktor juga memberi amaran bahawa menggunakan lengan sebagai bantal ketika tidur atau melelapkan mata seketika, terutama jika dilakukan untuk jangka waktu yang lama, juga memberikan tekanan kepada mata, mengehadkan aliran darah ke otak malah mempengaruhi sistem pencernaan.

Sumber- Odditycentral



kedit...siakap keli

No comments

Powered by Blogger.