Header Ads

TERKINI! Sumber: Bekas pemimpin Malaysia akan terbang ke Indonesia


KUALA LUMPUR: Menurut sumber, ada sebuah pesawat persendirian yang berpangkalan di Indonesia dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.

Sumber tersebut memaklumkan kepada Astro AWANI, nama penumpang yang bakal menaiki pesawat tersebut adalah bekas pemimpin Malaysia serta isterinya.


Pesawat itu dijadual mendarat pukul enam pagi 12 Mei di Subang dan dijadual berlepas ke Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma pukul 10 pagi 12 Mei.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan pasangan tersebut bakal berlepas ke Indonesia untuk bercuti selama dua hari.

Sumber: ASTRO AWANI

No comments

Powered by Blogger.