Header Ads

‘Terima Elaun RM8,000 Setiap Bulan & Tinggal Di Rumah Mewah RM26 Juta.” Ronaldinho Bakal Mengahwini 2 Teman Wanita Pada Waktu Serentak..



LEGENDA bola sepak Ronaldinho akan mengahwini dua wanita pada waktu serentak, menurut laporan media di Brazil.

Bintang terkemuka itu dilaporkan akan melangsungkan upacara perkahwinan pada Ogos bersama sepasang tunangnya, Priscilla Coelho dan Beatriz Souza.


Dua wanita itu dikhabarkan hidup harmoni bersama bekas pemain Barcelona itu sejak Disember di kediaman mewahnya yang bernilai RM26 juta di Rio de Janeiro.

Ronaldinho mula menjalinkan hubungan dengan Beatriz pada 2016, namun meneruskan hubungannya dengan Priscilla yang sudah terjalin beberapa tahun sebelumnya.

Ronaldinho dan kedua-dua kekasihnya.

Menurut beberapa laporan, kedua-dua kekasihnya menerima elaun hampir RM8,000 sebulan daripada pemain itu untuk berbelanja.

Ronaldinho turut dilaporkan memberikan kedua-dua wanita itu hadiah yang sama, termasuk membelikan wangian serupa ketika mereka bercuti ke luar negara bersama-sama.


Bekas Pemain Terbaik Dunia itu melamar mereka pada Januari tahun lalu dan memberikan kedua-duanya cincin pertunangan, menurut laporan media Brazil.

Image result for Ronaldinho 'set to marry two women

Ronaldinho akan mengahwini kekasih-kekasihnya dalam acara tertutup di Kondominium Santa Monica di Barra da Tijuca, Rio. - Mirror UK

No comments

Powered by Blogger.