Header Ads

Tak Tahu Nak Hadiahkan Ape Buat Ibu Tersayang? MAPS tawar tiket PERCUMA sempena Hari Ibu..




IPOH - Movie Animation Park Studios (MAPS) menawarkan tiket masuk percuma ke taman tema itu kepada semua ibu dengan ditemani anak masing- masing sempena sambutan Hari Ibu kali ini.

Menarik bukan!!!Jangan lepaskan peluang istimewa ini, ia pasti akan meninggalkan kenangan buat setiap ibu yang hadir.

Jurucakap taman tema berkenaan berkata, bagaimanapun tawaran tersebut hanya sah pada 12 dan 13 Mei dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Bagi memeriahkan lagi sambutan, MAPS telah merangka beberapa aktiviti dan persembahan termasuk selebriti terkemuka negara seperti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Siti Nordiana dan Band Khalifah.

Dalam masa sama, aktiviti samping seperti 'pertunjukan fesyen oleh ibu', 'Mencari Harta Karun Bersama Keluarga', 'Kuiz Kenali Ibu Anda', 'Peraduan Foto & Video', 'Peraduan Mewarna' serta beberapa acara menarik lain turuy disediaka.

Katanya, tiket taman tema berkenaan dijual pada harga RM50 bagi kanak-kanak manakala RM60 bagi dewasa.

Manakala tiket bagi sesi petang, dijual hanya padaharga RM35 untuk kanak-kanak dan warga emas selain RM60 dewasa.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran ini, boleh layari laman web www.mapsperak.com atau ikuti FacebookMAPS

No comments

Powered by Blogger.