Header Ads

Tahap Kesihatan Semakin Merosot, Gambar Terbaharu Jet Li Buat Peminat Terkejut..



Lama hilang dari radar dunia seni, rupa-rupanya bintang filem aksi Jet Li sedang bertarung melawan penyakit.

Related image

Dia dikatakan menghidap penyakit hipertiroidisme dan masalah tulang belakang menyebabkan pergerakannya sangat terbatas dan perlu dibantu orang lain.


Imej keadaan Jet Li itu menjadi tular selepas dia muncul melawat sebuah kuil di Tibet, baru-baru ini.

Kebanyakan peminat meluahkan perasaan terkejut apabila melihat pelakon Lethal Weapon V dan Expendables 2 itu dalam keadaan lemah.


Tahun lalu, Jet Li, 55, buat pertama kali bercakap mengenai penyakit dihidapinya di malam makan malam amal One Foundation diadakan Beijing, China.

Kata aktor kelahiran ibu negara China itu, dia didiagnos dengan tiroid aktif pada 2010.

Walaupun menjalani kehidupan dengan bergantung kepada ubat-ubatan bagi memastikan penyakitnya terkawal, situasi buruk dialami kerap kembali.

Hipertiroidisme ialah penyakit yang menyebabkan perubahan kadar metabolisme dan denyut jantung pesakit. Biasanya ia boleh dirawat menerusi ubat-ubatan.

Dipetik South China Morning Post, sebagai penganut Buddha Jet Li dikatakan yakin kepercayaannya kepada ajaran berkenaan serta amalan meditasi serta membaca kitab akan membantu dia stabil bagi menghadapi penyakit itu.

Tak boleh cam lagi

Beberapa tahun lalu bintang filem aksi terbabit pernah menyatakan bahawa penyakit dialaminya menyebabkan dia tidak boleh melakukan sebarang aktiviti lasak.


Jet Li berkata dia pernah diberi amaran oleh doktor pada 2013 bahawa sisa hidupnya bakal dihabiskan atas kerusi roda sekiranya berterusan menerima tawaran filem yang menuntutnya melakukan aktiviti yang melampau.

“Saya hanya lelaki biasa. Saya bukan Wong Fei-hung. Saya bukan Huo Yuanjia (watak pernah dilakonkannya). Saya seperti kamu,” katanya ketika itu.

Pelakon yang turut membintangi Fist Of Legend, Once Upon A Time In China, dan Romeo Must Die itu berkata, selain masalah tulang belakang, dia juga menderita sakit kaki.


Masalah itu menyebabkan Jet Li tidak boleh berdiri terlalu lama.

Kesihatan yang memburuk dialami berpunca selepas berdekad Jet Li melakukan aksi lasak, menjadi pelagak ngeri serta kesan kecederaan dalam filem yang dibintangi.

Jet Li mula berkecimpung dalam industri hiburan selepas menjadi juara wushu peringkat kebangsaan pada penghujung 1970-an. Dia ketika itu masih remaja.


Dia mengalami kecederaan pertama seawal usianya 18 tahun apabila lututnya koyak dan menjalani operasi pembedahan selama tujuh setengah jam.

Jet Li juga pernah mengalami kecederaan belakang yang teruk ketika usianya mencecah 23 tahun.

Peminat yang terkejut dengan keadaan kesihatan Jet Li selepas gambarnya menjadi tular memberi pelbagai reaksi.

Image result for jet li now

Antaranya, mereka berkata di Internet:

“Dia sungguh aktif dulu tetapi sekarang sudah berubah apabila usianya semakin meningkat.”

“Kung fu dan filem dilakonkannya amat hebat. Kasihan apabila dia menderita penyakit seperti ini.”

“Saya sudah tidak boleh mengecam Jet Li lagi.”

No comments

Powered by Blogger.