Header Ads

‘Tae BTS Pakai Baju Melayu Jakel Yang Dikirim Peminat Dari Malaysia Ketika Rehearsal Di Los Angeles’.Jakel Beri Penghargaan Usaha Itu Naikkan Martabat Pakaian Kebangsaan



Keterujuaan apabila selebriti yang diminati menghargai pemberian yang diberikan itu dirasakan sangat bermakna. 


 Apatah lagi jika susah payah itu dibalas dengan idola tersebut memakai atau menggunakan barangan yang diberikan. Rasa macam mimpi!


Ini berlaku kepada Syahirah dan rakan-rakannya yang membelanjakan hampir RM400 untuk membeli dan mengirim baju Melayu Jakel yang berharga RM120, surat dan pakaian lain kepada salah seorang anggota kumpulan K-POP kegemaran mereka, BTS dan tidak menyangka usaha itu berhasil apabila baju yang dikirim disarungkan oleh Kim Tae Hyung atau V dalam satu sesi rehearsal di Los Angeles, baru-baru ini.



Berita gembira itu dikongsi melalui laman Twitternya dan menjadi 'trending' dengan 11,000 'retweet'. Melalui perkongsiannya, dia menggambarkan betapa terharu dan terkejutnya mereka apabila baju Melayu yang dikirim akan dipakai oleh selebriti Korea berkenaan.



View image on TwitterView image on Twitter

I JUST WOKE UP AND THISBIS HAPPENING OH MY GOD 😭😭😭 tae is wearing baju melayu that i bought for him OH MY GOD.AND JIN WORE THAT JIMIN'S KURTA OH GOD 😭😭😭😭NOW I CAN DIE PEACEFULLY THANKS GOD .BY BAJU MELAYU AARON AZIZ JAKEL JUGAK LMAO @BTS_twt

Tidak habis setakat itu, Syahirah sekali lagi mendapat berita gembira apabila pihak Jakel sendiri selaku pengeluar baju Melayu yang dikirim mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepadanya kerana berjaya mengangkat martabat pakaian kebangsaan itu sehingga diterima pakai artis luar negara diperingkat antarabangsa.







No comments

Powered by Blogger.