Header Ads

'Sumbat Mercun Yang Dinyalakan Dalam Mulut Hingga Meletup.’- Warga Emas Maut Cuba Akhiri Penderitaan Sakit Yang Dihadapinya..



BANYUWANGI : Gara-gara tidak sanggup berhadapan tekanan berikutan sakit yang berlarutan, seorang warga emas tekad membunuh diri dengan memasukkan mercun yang dinyalakan ke dalam mulut.


Dalam insiden di hadapan Masjid Nurul Islam, Desa Bangorejo kecamatan Bangorejo semalam, Suud, 60, maut akibat letupan mercun berkenaan, muka dan leher mangsa turut hancur.

Related image
Masjid Nurul Islam

Related image

Menurut laporan, saksi yang berada berhampiran tempat kejadian cuba menyelamatkan Suud, namun ia sudah terlambat apabila mercun tersebut meletup dan mematahkan tulang rahang mangsa.


Ketua Polis Bangorejo AKP Watiyo berkata, mangsa dibawa ke hospital Genteng Banyuwangi namun meninggal dunia tidak lama kemudian.

Image result for Suud Desa Bangorejo

Mayat mangsa telah dituntut keluarga dan dikebumikan. - Detiknews

No comments

Powered by Blogger.