Header Ads

“Sibuk Nak Ootd, Travel Oversea Bagai, Sampai PTPTN Pun Nak Mintak Percuma, Dah Pinjam Bayarlah Semula.” - Teguran 'Pedas' Buat Semua Peminjam Yang ‘Liat’ Nak Bayar..



Teguran pedas oleh Tuan Azizul Azli Ahmad diharap boleh membuka mata semua peminjam dan bakal peminjam PTPTN. Belajarlah menjadi warganegara yang baik. Lunaskan pembayaran anda setiap bulan walaupun sedikit, kerana hutang tetap hutang. Kalau semua nak percuma, teruklah kan?


MENGAPA SEMUANYA NAK PERCUMA?

1. Jumlah hutang PTPTN adalah Rm48.7 bilion sejak tahun 1997 hingga tahun 2017 . Terdapat 2.6 juta peminjam belum lunas hutang PTPTN mereka.

2. Jumlah yang tak bayar sesen pun hutang PTPTN adalah 663,000! Dari jumlah ini hanya 19% disenarai hitam.

3. Sepatutnya kutip RM18.8 bilion tapi hanya kutip RM10.8 bilion. Kurang RM8 bilion, nak tau banyak mana RM8 000 000 000 ?


4. Separuh dari keseluruhan pekerja di Malaysia masih memperolehi pendapatan RM1,600 sebulan pada tahun 2015.

5. Cadangan kerajaan bila gaji dah RM4000 baru bayar agak sukar dicapai. Kenaikkan gaji hanya kurang dari 15% sejak 3 dekad.

6. Saya mula kerja tahun 1998, gaji yang saya terima RM1,800 waktu itu dan hari ni graduan saya hanya terima gaji RM1500 sebulan.

Pendidikan Penting

7. Pendidikan adalah sangat penting bagi sesebuah negara dan jana kekayaan keluarga kita, kerajaan nak kita pandai dengan bantuan pendidikan. Kerajaan tidak mampu sediakan biasiswa untuk semua manusia.

8. Dalam buku The Colour Of Inerquality golongan berpendidikan sekolah menengah hanya memiliki purata kekayaan RM187,480 berbanding golongan berpendidikan tinggi memiliki kekayaan RM436,000. Makin pandai makin kaya maksudnya!

9. Purata kekayaan bagi budak sekolah rendah UPSR dan budak PMR hanya berbeza 2% sahaja antara mereka. Tak jauh beza. Lulusan sekolah rendah susah nak kaya, jika ada boleh bilang dengan jari.


10. Purata kekayaan lebih tinggi diraih oleh pemilik diploma dan ijazah dengan purata kekayaan sebanyak 55% dari golongan lepasan sekolah menengah atau tanpa pendidikan.

11. Dik abang perasan sejak. Kepelakangan ini semua benda orang nak percuma dik. Tapi bab hantaran kau nak macam Erra Fazira dulu kala.

12. Abang tak boleh 'brain' bila ada yang up status di twitter dan fb. "Yeayyyy Dah boleh ke oversea, tak perlu bayar PTPTN lagi" dalam group Backpacker Buddies.

Berlagak nak berjalan oversea tapi duit pinjaman tak nak bayar lagi. Austria dan Australia pun tak tahu kat mana nak berlagak.

13. Belajarlah jadi warganegara yang baik, bukan abang tak tahu duit PTPTN banyak masuk ke Mcd, Iphone, kedai makan hipster, ootd instagram dan belanja awek yang akhirnya jadi bini orang lain.

14. "Alah negara lain boleh saja bagi pendidikan percuma" Ini kita biasa dengar kan? Cukai pendapatan yang mereka kena luar biasa tinggi dik, lebih dari 26% dik. Kita yang baru kena GST 6% pun dah jatuh sebuah kerajaan apatah lagi nak kenakan cukai tinggi.

15. Jangan harapkan semuanya percuma dalam hidup ini dik, semakin mudah dapat semakin kita tidak hargai. Belajar jadi warganegara yang cintakan negaranya bukan asik meminta minta.


16. "Alah itu tanggujawab negara la, bukan kami kena fikir"? Kau kena cakap kat mak bapak kau balik bahawa, makan, pakaian, tempat tinggal adalah tanggujawab ibubapa kepada kita. Jangan pandai buat anak saja tak pandai balas jasa.! Fuhhh garang.

Kau marah orang pakai bag Barkin pakai duit rakyat, kau tak bayar duit PTPTN pakai duit abah kau! Belajar jadi manusia bukan jadi babun agar otak lebih geliga.

No comments

Powered by Blogger.