Header Ads

“Senang & Jimat Sos Cili Homemade.” Jom Cuba Cara Jimat Tanpa Diragui...





RESEPI HOMEMADE SOS CILI

 

BAHAN - BAHAN


  • 100 gram cili kering (dibersihkan dan dibuang biji)
  • 300 gram gula
  • Garam mengikut rasa
  • 30 gram bawang putih
  • 30 gram tepung ubi @ kanji ubahsuai
  • Air
  • ½ cawan cuka


CARA - CARA MEMBUATNYA 

1. Cili kering dibersihkan dan dibuang bijinya, rendam semalaman.

2. Bawang putih yang telah dibersihkan dihancurkan bersama cili yang telah direndam dengan menggunakan mesin pengisar.

3. Masukkan campuran yang telah dikisar ke dalam periuk dan panaskan sehingga hilang bau cili.

4. Masukkan garam dan kacau rata-rata.

5. Masukkan gula yang telah dicampur dengan tepung ubi @ kanji ubahsuai. Kacau rata-rata.

6. Didihkan sehingga mendapat kepekatan yang dikehendaki. Masukkan cuka dan kacau lagi.

7. Angkat dan isikan ketika panas ke dalam botol yang bersih.

8. Tutup botol segera dan sejukkan.



SELAMAT MENCUBA



SUMBER AZLAN RUMADI

No comments

Powered by Blogger.