Header Ads

Sedia Mengakhiri Zaman Bujang, Nelydia Senrose Serah Soal Itu Pada Jodoh

Sedia Mengakhiri Zaman Bujang, Nelydia Senrose Serah Soal Itu Pada Jodoh


Pelakon Nelydia Senrose mengakui bersedia untuk berkahwin dalam masa terdekat ini namun menyerahkan perkara itu pada jodoh yang telah ditentukan.

Menurut Nelydia, dia mahu setiap hubungan yang dijalinkan bersama kekasihnya berkesudahan dengan sesuatu yang baik.


"Sememangnya sejak daripada dahulu lagi saya sentiasa serius dalam perhubungan dan meletakkan harapan agar ia berkesudahan dengan sesuatu yang baik.

"Saya memang bersedia untuk mengakhiri sesebuah hubungan itu ke arah yang lebih baik iaitu senang cerita sebuah ikatan perkahwinan.

"Namun perkara itu semua bergantung pada jodoh kerana saya tidak tahu bila sesebuah hubungan itu akan berlaku.


"Buat masa sekarang saya tidak mahu mengulas lanjut lebih mengenai hubungan saya dengan kekasih kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang," katanya kepada Astro Gempak.

Nelydia Senrose berkata demikian ketika ditemui pada majlis pertunjukkan fesyen Starvilion di
Royale Palace, di Royale Palace, Shah Alam, baru-baru ini.


















kedit GEMPAK

No comments

Powered by Blogger.