Header Ads

“Saya Tak Bersetuju Tindakan Diambil Kepada Mereka Yang Mengkritik Saya.” Tun Mahathir..



KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengkaji undang-undang yang digunakan untuk menghalang seseorang individu daripada mengkritik pemimpin negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Menerusi laman Twitter rasmi beliau hari ni, Dr Mahathir berkata, beliau sama sekali tidak bersetuju tindakan diambil terhadap mereka yang mengkritik beliau secara peribadi atau corak pemerintahan beliau.

Baru-baru ini, seorang lelaki di Langkawi dilaporkan telah ditahan polis kerana menyiarkan kenyataan yang dianggap keterlaluan terhadap Dr Mahathir dan agama Islam melalui Facebook.


Polis dalam satu kenyataan berkata, lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dan lain-lain.


Menurut laporan, suspek yang ditahan pada Rabu, susulan laporan polis dibuat beberapa badan bukan kerajaan terhadapnya, akan direman sehingga Sabtu bagi membantu siasatan.

Sumber: Astro Awani

No comments

Powered by Blogger.